Labels

#savemaryam 1433H 2013 5forty2 5forty2 - aswj Adam Mark ahli sunnah wal jamaah Alor Setar alternatif download torrent Android Market Android Phones angkat mikrofon vol.1 apakah itu Apk file downloader Aplikasi Aplikasi Portable application ashtaka badak berendam battery blurring faces tools Botingkek bujang terlajak buka puasa button Cara Nak Buat Cara Nak Guna Cara nak selesaikan cara-cara cari driver komputer Cerita Cereka Cerita Lawak Cerita Rekaan china ciri baru click computer di langgar DJ Fuzz doodles double Download Download Software Driverpack Solution Dropbox Eyza Bahra Farhan features filem terbaru fix free G gebu GetDataBack for NTFS and FAT Ghombau Google gps Gunung Keriang Hacked hantu gangster Harapan Ramadhan Hari Kemerdekaan Hari Raya 2011 how to use IbnuSina Eyewear Islam jadual berbuka 2012 JDownloader JDownloader 2 JDownloader Premium Account Database Juzzthin Kedah kesayangan Kisah Hidup Aku Kucing Lagu Raya lagu tema lagu terbaru lawak ke der? ramadhan left lirik logitech maafkan kami mak andir makanan Malaysia malaysia hiphop malicious mati mice mouse Murtad muzik muzik video namewee Nawi NSSN NtahSape2Ntah ondeh original pak pandir pak pandir 2012 panduan password Pengajaran Permulaan pineng Portable Application PortableApps posted online powerbank problem Puasa pupus Raihan Ramadhan random rap melayu Real APK Leecher Recovery Software Rembau Most Wanted Runtime Live CD Runtime Software Sabah sabtu sahur scroll sedih Senaling Si Putih Software soundtrack Spek Mata Terapi sygic gps navigator v11.2.6 latest tak lawak lah sangat technology Telefon Android torrent tutorial underground usb username VMWare Thinapp W.A.R.I.S. we are gangster Welcome to Nginx Virus wheel wire worldwide mixtape xpdc yahoo Voice user youtube zbigz.com

Sekadar Mengisi Ruangan Kosong di Sanubari :)

Khamis, 12 Julai 2012

Si Putih ku sudah tiada







Pagi ini aku dikejutkan, apabila mak suruh aku menanam si putih, yang telah mati di langgar di hadapan rumah aku, kemungkinan baru lagi sebabnya bulu dia masih lagi lawa,  masih tak dikerumumi semut dan hanya berapa ekor lalat sahaja yang hinggap serta darah yang masih lagi mengalir.

Aku berasa sedih kerana kehilangan lagi seekor kucing yang paling manja dalam rumah ini. Asalnya dia seekor kucing yang menumpang kasih, kerana tidak tahu asal dari mana, datang ke rumah me-minta2 makan, jadi kami membelanya dan dinamakan putih berdasarkan warna bulunya. Bulu dia tak lah panjang macam kucing-2 kampung yang lain tapi gebu, seronok di-usap2 badannya seakan kita mengusap sekain kapas. Memang gebu, dan putih bulunya. Tidak tahu lah sama ada dia di buang atau dia tersesat.

Kehadirannya memang menceriakan kami sekeluarga terutamanya kepada mak. Jenis aktif pada waktu malam, manakala siang dia banyak berehat dan tidur. Namun sejak dah jadi kucing dewasa ini, sering keluar merata2 menjelajah mencari kawasan jajahan. Sering kali bergaduh dengan kucing jiran sebelah, cuma satu kelebihan si putih ini, bila dia bergaduh, kita angkat saja dia, dia tak melawan, tidak seperti kucing lain, habis di cakarnya kita.

Lepas ini tiada lah lagi kedengaran si putih meminta masuk ke dalam rumah pada tiap malam, tiada lah lagi suara manja dia tahkala me-minta2 makanan, tiada lah lagi geselan manjanya, tiada lagi dan tiada lagi.

oh putih ku...

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Jika ada apa-apa pertanyaan, ada sebarang pendapat atau apa-apa saja selain bukan kata-kata maki hamun, marah atau apa-apa saja yang negatif, teramatlah dialu-alukan.