Video Muzik : 5Forty2 – Silap Lalu

by - Ahad, Julai 22, 2012


 5forty logo

Siapakah 5Forty2 ini? Mungkin menjadi tanda tanya kepada mereka yang tidak mengetahui tentang kumpulan ini. 5Forty2 adalah kumpulan rap Malaysia yang bergerak secara bawah tanah, namun kini nama mereka semakin dikenali setelah banyak mendapat kontrak untuk membuat lagu tema untuk filem tempatan, antaranya Bujang Terlajak yang bertajuk “Maafkan Kami”, dan yang terbaru lagu tema filem “Hantu Gangster” bertajuk “We Are Gangster” yang turut serta dirapkan bersama Namewee (berbangsa cina) dan Ashtaka (kumpulan rap berbangsa India). Klik sini jika mahu dengar lagu “We Are Gangster”.

5forty2
Ini adalah kata-kata azimat mereka.
"bukan siapa yang berkata, tapi apa yang diperkatakan."
Siapa kitorang? Baik sangat ker kitorang sampai layak buat lagu-lagu camni? 5forty2 cuma sekumpulan pemuda yang nak tengok realiti, kejujuran dan elemen positif dalam music, bosan dengan label stereotype yang music rap. cuma berunsur keduniaan semata. pada masa yang sama kitorang harap music kitorang dapat menasihati diri sendiri dan berkongsi nasihat dengan orang lain. Kitorang pun tak sempurna. Siapa yang tak pernah buat dosa atas muka bumi angkat jari kaki...kita semua pernah melakukan dosa. Jadi mengapa perlu tunggu hingga diri sempurna (memang tak mungkin punya la) untuk menyebarkan mesej benar, nak tunggu sampai bila?. Sebarkan mesej benar dan pada masa yang sama cuba memperbaiki diri sendiri, itulah kami.
5forty2 angkat mikrofonSebelum ini, mereka juga terkenal dengan lagu “Usahidu” atau pada masa itu orang lebih mengenali lagu itu dengan tajuk “budak-budak zaman sekarang” dan mendapat hit tertinggi. Tapi bagi saya pula, lagu itu tak memperkenalkan saya lagi kepada 5Forty2. Saya mengenali 5Forty2 setelah mendengar salah satu lagu di dalam mixtape mereka (Angkat Mikrofon vol.1) dan terus membuat saya terpikat untuk mengenali lebih lanjut tentang kumpulan ini. Baru saya tahu lagu hit “Budak-budak zaman sekarang” adalah lagu mereka.
 
5Forty2 tidak asing lagi di dalam dunia rap malah lagu mereka turut disenaraikan dalam worldwide mixtape. Antara lagu mereka seperti Cakap Guna Otak (Worldwide Mixtape vol.3) dan Amarah (Worldwide Mixtape vol.2).

Tidak seperti kumpulan rap yang lain, setiap bait dalam lagu penuh dengan pengisian, dan kekadang tiba-tiba terasa pedas walaupun saya tidak makan cili pada masa itu. huhu.

jadi, korang nak cuba dengar lagu diorang? apa lagi, jom layan lagu ini. Semoga terhibur. :)




You May Also Like

12 Komen

  1. Nice article,makasih sudah berbagi.
    Happy blogging.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Video Muzik : 5Forty2 – Silap Lalu - Sekadar Mengisi Ruangan Kosong Di Sanubari :) >>>>> Download Now

      >>>>> Download Full

      Video Muzik : 5Forty2 – Silap Lalu - Sekadar Mengisi Ruangan Kosong Di Sanubari :) >>>>> Download LINK

      >>>>> Download Now

      Video Muzik : 5Forty2 – Silap Lalu - Sekadar Mengisi Ruangan Kosong Di Sanubari :) >>>>> Download Full

      >>>>> Download LINK h9

      Padam
  2. terima kasih ya kerana sudi singgah dan sudi membaca.. :)

    BalasPadam
  3. memang x penah dgr pun.. dpt iklan free da grup ney kat blog ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. bagi saya mereka nie kumpulan hiphop terbaik, setanding dgn altimet dan lain-lain. sebb tue la tercetusnye idea nk promote diorg.. hehe
      camne, ap ulasan (bkn buah pulasan tau) Cik LuLu mengenai lgu yg sy bgi tue?

      Padam
  4. hahahhai.. nak bg pulasan ar sbg phargaan.. owkay juga.. cuma kesian byk lagu y x best d dgr tp popular d radio kn..

    BalasPadam
    Balasan
    1. klu nk bgi pulasan ok jga.. sy ska pulasan... hehe.
      itu la.. skrg nie pn sy dh krg dgr radio.. lgu xde la best mne pun, cma populariti diorg aje yg wat lagu tue dimainkan ulang2 kali.
      bnyk lgi lgu yg best kumpulan nie, kdg2 kna kt btg hidung kita sendiri.. hehe :P

      Padam
    2. eyaka.. oww.. bagus tu bgtu.. nnt search utube la..hehe

      Padam
  5. terima kasih untuk promosi percuma ini yer.. =)

    NaraMerah of 5forty2

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama-sama... takpe xde msalah, lagipun lagu korang pun sy dgr free aje. tpi yg penting penuh nasihat.mkn dlam gitu.. hehe.

      Terima kasih juga kerana sudi singgah di sini... :)

      Padam
  6. Video Muzik : 5Forty2 – Silap Lalu - Sekadar Mengisi Ruangan Kosong Di Sanubari :) >>>>> Download Now

    >>>>> Download Full

    Video Muzik : 5Forty2 – Silap Lalu - Sekadar Mengisi Ruangan Kosong Di Sanubari :) >>>>> Download LINK

    >>>>> Download Now

    Video Muzik : 5Forty2 – Silap Lalu - Sekadar Mengisi Ruangan Kosong Di Sanubari :) >>>>> Download Full

    >>>>> Download LINK HN

    BalasPadam

Jika ada apa-apa pertanyaan, ada sebarang pendapat atau apa-apa saja selain bukan kata-kata maki hamun, marah atau apa-apa saja yang negatif, teramatlah dialu-alukan.