Spek Mata Terapi (IbnuSina Eyewear)

by - Selasa, Julai 16, 2013

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan.
Sudah lama rumah saya ini kesepian kan? dah dekat setahun juga lah.. huhu. Bukan disebabkan kesibukan, hingga tiada masa, cuma tiada idea untuk dipersembahkan di sini. Namun, terima kasih buat jiran-jiran dan tetamu yang sentiasa bertandang ke mari sepanjang ketiadaan saya di rumah ini. Terharu dibuatnya.. huhuk Surprised smile
Berbalik kepada tajuk artikel saya kali ini, saya ingin memperkenalkan produk yang baru saja saya miliki, iaitu Spek Mata Terapi (IbnuSina Eyewear). Saya baru saja menempah secara online di facebook semalam, dan tak sangka hari ini (pukul 2.00 petang lebih), barangan tersebut selamat sampai ke tangan saya. Teruja terus saya dibuatnya.
Spek Mata Terapi

Spek Mata Terapi ini adalah terapi untuk memulihkan masalah penglihatan mata seperti rabun jauh, rabun dekat, dan silau. Sesuai dipakai pada semua peringkat umur. Mengikut pembacaan saya di Facebook agen IbnuSina Eyewear ini, Spek Mata ini juga boleh menyembuhkan penglihatan mata yang disebabkan kecelakaan, seperti akibat kemalangan.
Saya membelinya kerana rabun jauh yang boleh dikatakan agak teruk dan kritikal, dan jenis tak suka memakai spek mata ketika berada di luar. Oleh itu, saya berazam untuk memcuba Spek Mata Terapi ini, dan berharap penglihatan mata saya pulih seperti sediakala atau rabun jauh saya tidak seteruk dahulu.
Namun, keputusannya tidak lah serta-merta. Dalam tempoh sebulan atau lebih, baru kita tahu keputusannya. Jadi, tunggu lah sebulan lagi ya untuk tahu bagaimana keputusannya, adakah berjaya mengurangkan power rabun jauh ini, atau pun tidak. InshaaAllah, dengan izin-Nya, apa jua penyakit ada penawarnya, dan berharap ini adalah salah satu penawar untuk masalah penglihatan mata.
idizz89

Okay tak saya pakai spek mata ini?
Ghaso laen macam ajo goman nyo, an? hehe Open-mouthed smile

You May Also Like

1 Komen

  1. Spek Mata Terapi (Ibnusina Eyewear) - Sekadar Mengisi Ruangan Kosong Di Sanubari :) >>>>> Download Now

    >>>>> Download Full

    Spek Mata Terapi (Ibnusina Eyewear) - Sekadar Mengisi Ruangan Kosong Di Sanubari :) >>>>> Download LINK

    >>>>> Download Now

    Spek Mata Terapi (Ibnusina Eyewear) - Sekadar Mengisi Ruangan Kosong Di Sanubari :) >>>>> Download Full

    >>>>> Download LINK KP

    BalasPadam

Jika ada apa-apa pertanyaan, ada sebarang pendapat atau apa-apa saja selain bukan kata-kata maki hamun, marah atau apa-apa saja yang negatif, teramatlah dialu-alukan.