Tadi saya blogwalking sana sini dan saya tersinggah kat satu blog, bercerita tentang Save Maryam. Apa tue? Siapa Maryam dan apa tujuan kita nak selamatkan dia? sebab apa? kenapa dan mengapa?
setelah meluangkan masa, saya pun membacanye dengan penuh minat. Rupanya kisah tentang umat Islam di Indonesia murtad dan menganut agama lain iaitu Kristian. Jadi, fikir-fikir ia sama situasi dengan apa yang berlaku di Malaysia.
Dalam website Save Maryam itu mengatakan hampir 2 ribu muslim murtad dan tukar agama kepada kristian setiap tahun. Bayangkan kalau ini sudah bertahun-tahun lamanya, dan masih tiada jalan penyelesaian. Apakah yang akan terjadi?
Jadi, sebagai umat Islam, walaupun saya ini tidak lah sempurna Islamnya, saya dipanggil untuk menyebarkannya kepada semua muslim, untuk memberi kesedaran, tentang murtad yang makin terjadi-jadi di akhir zaman ini. bukan saja di Indonesia, bahkan negara kita pun masih tidak dapat mebendung isu murtad ini, padahal negara kita telah diisytharkan sebagai negara Islam.
Lihat videonya.
Dan sesiapa yang ingin menyumbang boleh lah melayari ke http://savemaryam.com/donate.php
Semoga dengan sumbangan ikhlas dari anda dapat menolong saudara-saudara kita di sana untuk terus berjuang dalam mempertahankan agama yang diredhai Allah yakni Islam.. Amin.