Disebabkan di atas permintaan ramai, akhirnya saya telah memikirkan sehabis memasak di dapur petang tadi (tertangguh sebenarnya :P), untuk melahirkan artikel ini. Untuk makluman jiran-jiran yang prihatin dan juga tetamu yang dihormati, JDownloader ini merupakan satu alat pengurusan muaturun, seperti yang terkenal umum yakni IDM (Internet Download Manager). Fungsinya hampir sama, iaitu memudahkan proses memuaturun, namun pasti ada perbezaan yang membezakan diantara satu perisian dengan perisian yang lain. Namun, terdapat kelebihan pada JDownloader ini, di mana harusku cari ganti, JDownloader mempunyai ‘Linkgrabber’ iaitu satu fungsi mendapatkan link dengan hanya kopi link, tidak kira lah link yang melibatkan iklan-iklan (adf.ly, linkbuck dan lain-lain), link yang dipendekkan namun tiada iklan (google shorthen url), dan sebagaimana harusku katakan lagi.. eh.. eh.. ke lain pula jadinya..
Pengguna telefon Android pasti suka mendownload pelbagai jenis aplikasi yang di tawarkan di Android Market atau sekarang ini dah ditukar kepada Google Play, bukan? Sebab saya pun begitu, walau saya hanya meminjam tuk seketika telefon pintar (sekarang masih menggunakan Nokia N1200. huhu) Tapi yang tak bestnya, apabila aplikasi yang kita nak download itu, tidak dikeluarkan untuk telefon pintar kita. Jadi kita pasti frust sampai tertonggeng-tonggeng bukan? Jadi itulah sebabnya Real APK Leecher ini dibangunkan kerana pembuatnya memahami perasaan kita. Mungkin dia pun salah seorang dikalangan kita, kaki tegar mendownload aplikasi-aplikasi.
![]() |
| Runtime Software - Data Recovery Softwre & File System Utilities |
Hari nie saya memperkenalkan satu perisian untuk mendapatkan semula data-data dalam hardisk anda, yang sama ada terpadam, atau terformat, atau partition hilang, atau segala atau lagi. Sejujurnya ikhlas dari hati saya ini, keberkesanan untuk mendapat semula adalah tinggi berbanding dengan perisian recovery yang pernah saya cuba setakat ini. Tapi bergantung juga, tahap hardisk tersebut, format guna level mana, delete file secara apa, semua tue mempengaruhi keputusan.
![]() |
| JDownloader |
Hari ini saya nak kongsi satu software downloader iaitu JDownloader.
JDownloader ini adalah percuma, alat pengurusan muatturun ini merupakan sumber terbuka (open source) dengan mempunyai sejumlah besar pembangun komuniti bagi memastikan proses muatturun menjadi lagi mudah dan pantas seperti yang diharapkan. Pengguna boleh mula, berhenti atau tangguh muatturun, menetapkan had bandwidth, auto-extrak, dan banyak lagi. Ia senang-untuk-melanjutkan rangka kerja yang boleh menyelamatkan masa anda yang sangat berharga setiap hari!
Salam dan Salam Sejahtera...
Hari ini saya akan membuat satu tutorial bagaimana menjadikan software yang kena install ke komputer menjadi portable. Portable ini bermaksud senang dibawa ke mana-mana. Jadi kita tak perlu meng'install'nya terlebih dahulu. Cuma jalankan aplikasi tersebut dan terus boleh di gunakan. Mudah bukan?
Jadi buat apa "meruangkan" masa untuk menunggu proses peng'install'an, yang memakan masa yang begitu lama bergantung pada jenis aplikasi? Jadi itu lah gunanya portable, mudah dan senang untuk digunakan.

