Disebabkan di atas permintaan ramai, akhirnya saya telah memikirkan sehabis memasak di dapur petang tadi (tertangguh sebenarnya :P), untuk melahirkan artikel ini. Untuk makluman jiran-jiran yang prihatin dan juga tetamu yang dihormati, JDownloader ini merupakan satu alat pengurusan muaturun, seperti yang terkenal umum yakni IDM (Internet Download Manager). Fungsinya hampir sama, iaitu memudahkan proses memuaturun, namun pasti ada perbezaan yang membezakan diantara satu perisian dengan perisian yang lain. Namun, terdapat kelebihan pada JDownloader ini, di mana harusku cari ganti, JDownloader mempunyai ‘Linkgrabber’ iaitu satu fungsi mendapatkan link dengan hanya kopi link, tidak kira lah link yang melibatkan iklan-iklan (adf.ly, linkbuck dan lain-lain), link yang dipendekkan namun tiada iklan (google shorthen url), dan sebagaimana harusku katakan lagi.. eh.. eh.. ke lain pula jadinya..
Kelebihan Jdownloader ini ada lah kita dapat menggunakan premium account database. Jadi untuk menggunakannya, pastikan JDownloader 2 telah diinstall terlebih dahulu. Kepada yang belum boleh download di sini > JDownloader 2 (Windows).
Kemudian download ini pulak > JDownloader 2 Premium Account Database 12/8/2012 (latest update)
Dah habis download, sila ikut langkah-langkah ini :
Perhatian: Pastikan JDownloader 2 di tutup terlebih dahulu.
- Buka "c:\Program Files\JDownloader 2\cfg".
- Buka fail yang kita download, copy "org.jdownloader.settings.AccountSettings.accounts.ejs" dan paste ke dalam cfg folder tadi.
- Jalankan semula JDownloader 2.
![]() | ||||
| Senarai Akaun Premium dalam JDownloader 2 |
- klik kat 'Setting' menu tue, atau tgk no 1 dalam gambar tu, klik nanti akan kluar senarai setting dibelah kiri, klik pulak 'Account Manager', tengok anak panah yang tak bernombor tue (padahal terlupa nak letak .. huhu), nanti senarai akaun premium akan ditunjuk disebelahnya..
Jadi lepas nie leh lah kita sebut sesuka hati kita.. Selagi 'Download Traffic Left' tak abis dan berwarna biru, selagi itu lah tak perlu risau.. Download sampai lebam.
:)
P/S : JDownloader 2 Premium Account Database ini sentiasa diupdate setiap hari.. Jadi jangan terlepas pula.
Salam...
Akhirnya Tora datang lagi, eh eh, silap.. Ramadhan datang lagi, sedar tak sedar setahun sudah kita meninggalkan Ramadhan tahun lalu.
Dengan kesempatan ini, saya mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak yang jatuh pada Sabtu ini (21 Julai 2012). Jangan buat-buat tak tahu pula, karang van jenazah jadi meneman korang karang. hehe.
Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna, dan kita dapat penuhinya dengan sempurna.
Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna, dan kita dapat penuhinya dengan sempurna.
Jadi, disebabkan semangat untuk menyambut Ramadhan, ini saya sajikan sebuah lagu yang sangat menyentuh perasaan, yang berjudul 'Harapan Ramadhan' yang dinasyidkan oleh kumpulan Raihan. Best lagu ini, sangat menyentuh jiwa.. huhu.
"Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna,Agar dapat ku lalui dengan sempurna..."
Ini saya sertakan juga Jadual waktu buka puasa 2012 1433H untuk negeri
Perlis Kedah Pulau Pinang Perak Wilayah persekutuan Kuala Lumpur
Putrajaya Selangor Negeri Sembilan Melaka Johor Pahang Terengganu
Kelantan Sarawak dan Sabah. Klik download untuk memuatturun.
Sumber : www.islam.gov.my
Salam...
Hari ini saya nak berkongsi satu aplikasi yang sangat berguna iaitu Dropbox. Dropbox ini sangat memudahkan kerja kita untuk memindahkan fail-fail seperti dokumen, gambar, video, audio malah aplikasi sekalipun, daripada sebuah komputer ke peranti mudah-alih, atau komputer ke komputer, atau peranti mudah-alih ke komputer dan yang penting mesti mempunyai rangkaian internet. Malah kita juga boleh berkongsi link-link kepada rakan-rakan kita, untuk kegunaan mereka.
Kali ini saya memperkenalkan Himpunan Penyelesaian Pemandu (asal cam pelik aje bunyinya?) atau lebih dikenali sebagai Driverpack Solution. Mungkin ada yang dah kenal lama dari nama dahulu, (saya pun tak ingat apa namanya yang dulu tue).
Driverpack Solution ini memudahkan kerja kita untuk menginstall driver setelah baru di install windows, ataupun memasang perkakasan (hardware) tapi lupa mana letaknya driver dia. Jadi ini lah solutionnya. Kelebihannya ialah, dapat menginstall driver tanpa memenuhkan sambungan internet, dengan kata secara offline. Cuma kelemahannya, saiz dia bersamaan dengan satu DVD. Tapi kelebihan yang diutamakan yang kelemahan itu tolak aje ketepi.



