Dropbox - Apakah itu Dropbox, Kelebihannya dan Cara Menggunakannya?
Salam...
Hari ini saya nak berkongsi satu aplikasi yang sangat berguna iaitu Dropbox. Dropbox ini sangat memudahkan kerja kita untuk memindahkan fail-fail seperti dokumen, gambar, video, audio malah aplikasi sekalipun, daripada sebuah komputer ke peranti mudah-alih, atau komputer ke komputer, atau peranti mudah-alih ke komputer dan yang penting mesti mempunyai rangkaian internet. Malah kita juga boleh berkongsi link-link kepada rakan-rakan kita, untuk kegunaan mereka.
Apakah itu DropBox?
DropBox adalah penyimpanan dan penyelarasan fail dalam talian. Seakan seperti pemacu USB, cuma bezanya ia dalam talian, dan boleh diakses pada bila-bila masa dari peranti yang mempunyai rangkaian internet.
Apa kelebihannya?
- Ianya percuma. Anda akan diberikan ruangan simpan sebanyak 2GB. Anda juga boleh menambah ruang simpanan dengan membeli ruang simpanan tambahan dengan Dropbox.
- Menyokong pelbagai pelantar Sistem Operasi samada Windows, Linux atau MacOS dan lain-lain, dan juga peranti-peranti mudah-alih (Android, symbian,windows mobile, BB, iOS), asalkan mempunyai rangkaian internet.
- Penggunaan yang mudah. Hanya letak sahaja fail yang anda mahu simpan di dalam Fail Dropbox di dalam komputer anda. Ianya akan automatik diselaras ke dalam talian. Dan boleh diakses samada melalui komputer lain mahupun telefon bimbit anda.
- Perkongsian mudah. Melalui Dropbox, anda boleh sambungkan Fail khas di dalam fail Dropbox anda dengan pengguna Dropbox yang lain. Contohnya jika anda ingin membuat kerja kursus dengan kawan anda. Dropbox akan mengongsikan fail-fail berisi maklumat dari komputer anda terus ke rakan anda. (Sedikit tetapan diperlukan)
- Pantas. Pelarasan fail menggunakan Dropbox amat pantas serta tidak berat untuk komputer anda. Sistemnya pantas dan ringan.
- Selamat. Dropbox menyimpan fail anda dengan selamat di atas talian. Jika komputer anda rosak, anda boleh mendapatkan semula fail anda dari Dropbox. Bila-bila masa sahaja.
Cara menggunakannya :
- Pergi ke Laman Web Dropbox
- Isi borang penyertaan yang disediakan.
- Anda di minta untuk memuat turun dan memasang aplikasi DropBox. Tekan Accept, Run, I Agree, Next dan Next sahaja.
- Setelah memasangnya, perhatikan ikon kotak berwarna biru di taskbar anda. Tekan ikon tersebut dan Open Dropbox folder.
- Akan keluar Dropbox folder. Disini lah anda akan menyimpan data-data yang anda mahukan, dengan hanya kopi fail anda dan pastanya ke dalam dropbox folder, atau dengan menyeret dan humban fail-fail anda terus ke dalam dropbox folder tersebut.
- Kemudian pergi kembali ke laman web Dropbox tadi, sila sign in jika diminta berbuat demikian.
- Tara... Fail yang anda simpan dalam Dropbox folder, dan kini berada di laman web Dropbox. Rasa teruja tak?
- Sekarang, jika anda mahu mendapatkan fail-fail tersebut di komputer lain, anda cuma perlu ulang langkah ke-3 hingga ke-4, dan tara... Fail-fail anda automatik di'sync' masuk ke dalam Dropbox folder di komputer tersebut.
Dropbox folder |
Bagaimana nak sign out di aplikasi Dropbox?
- klik pada ikon Dropbox di taskbar, pilih Preferences...
- Tukar kepada Acount tab, dan klik pada Unlink This Computer..
9 Komen
huhu :)
BalasPadammasih gna lgi ke? jom snyc file.. hehe :)
PadamYuhuuu nk movie
BalasPadamMakasih banget buat infonya...cukup membantu.....
BalasPadamartikel yang sangat menarik, apakah aman file kita? palagi file pribadi?
BalasPadamMacammana kalau nak edit dalam file drpbox,utk makluman saya da edit n save di pc rumah,tp bila buka drpbox di pejabat,file yang di edit,tiada edit...kekeal seperti yg asal...macammana?
BalasPadamkita bole retrieve blik x deleted file dlm dropbox?
BalasPadamCuba cik masuk ke dalam deleted files, jika belum cukup 30hari semasa file itu deleted, file tersebut masih boleh di kembalikan.
PadamDropbox - Apakah Itu Dropbox, Kelebihannya Dan Cara Menggunakannya? - Sekadar Mengisi Ruangan Kosong Di Sanubari :) >>>>> Download Now
BalasPadam>>>>> Download Full
Dropbox - Apakah Itu Dropbox, Kelebihannya Dan Cara Menggunakannya? - Sekadar Mengisi Ruangan Kosong Di Sanubari :) >>>>> Download LINK
>>>>> Download Now
Dropbox - Apakah Itu Dropbox, Kelebihannya Dan Cara Menggunakannya? - Sekadar Mengisi Ruangan Kosong Di Sanubari :) >>>>> Download Full
>>>>> Download LINK KF
Jika ada apa-apa pertanyaan, ada sebarang pendapat atau apa-apa saja selain bukan kata-kata maki hamun, marah atau apa-apa saja yang negatif, teramatlah dialu-alukan.