Pengguna telefon Android pasti suka mendownload pelbagai jenis aplikasi yang di tawarkan di Android Market atau sekarang ini dah ditukar kepada Google Play, bukan? Sebab saya pun begitu, walau saya hanya meminjam tuk seketika telefon pintar (sekarang masih menggunakan Nokia N1200. huhu) Tapi yang tak bestnya, apabila aplikasi yang kita nak download itu, tidak dikeluarkan untuk telefon pintar kita. Jadi kita pasti frust sampai tertonggeng-tonggeng bukan? Jadi itulah sebabnya Real APK Leecher ini dibangunkan kerana pembuatnya memahami perasaan kita. Mungkin dia pun salah seorang dikalangan kita, kaki tegar mendownload aplikasi-aplikasi.
Salam...
Hari ini saya nak berkongsi satu aplikasi yang sangat berguna iaitu Dropbox. Dropbox ini sangat memudahkan kerja kita untuk memindahkan fail-fail seperti dokumen, gambar, video, audio malah aplikasi sekalipun, daripada sebuah komputer ke peranti mudah-alih, atau komputer ke komputer, atau peranti mudah-alih ke komputer dan yang penting mesti mempunyai rangkaian internet. Malah kita juga boleh berkongsi link-link kepada rakan-rakan kita, untuk kegunaan mereka.