Android MarketAndroid Phonesapakah ituApk file downloaderCara Nak GunacomputerDownload SoftwarefreeGooglepanduanReal APK LeecherTelefon Android
Real APK Leecher - Khas buat kaki tegar pemuatturun fail .apk
Pengguna telefon Android pasti suka mendownload pelbagai jenis aplikasi yang di tawarkan di Android Market atau sekarang ini dah ditukar kepada Google Play, bukan? Sebab saya pun begitu, walau saya hanya meminjam tuk seketika telefon pintar (sekarang masih menggunakan Nokia N1200. huhu) Tapi yang tak bestnya, apabila aplikasi yang kita nak download itu, tidak dikeluarkan untuk telefon pintar kita. Jadi kita pasti frust sampai tertonggeng-tonggeng bukan? Jadi itulah sebabnya Real APK Leecher ini dibangunkan kerana pembuatnya memahami perasaan kita. Mungkin dia pun salah seorang dikalangan kita, kaki tegar mendownload aplikasi-aplikasi.
#1 Apakah itu Real APK Leecher?
Real APK Leecher, adalah satu aplikasi berasaskan Java untuk membantu anda mendownload pelbagai jenis aplikasi Android daripada Google Play terus ke desktop anda dengan tindakan minimum. Malah, anda juga boleh mendownload aplikasi yang tidak disediakan untuk telefon pintar anda.
#2 Apakah Fungsinya?
Fungsi
utamanya ialah mendownload fail APK daripada Google Play terus ke
desktop dengan hanya taip nama fail aplikasi dan pilih dan download.
Selain itu, ia memeriksa versi fail aplikasi dalam local anda. Ini
bermakna, jika ada aplikasi versi terkini dikeluarkan, Real APK Leecher
akan memeriksa aplikasi yang berada dalam fail kita samada terkini atau
tidak.
#3 Bagaimana nak menggunakannya?
- Tetapan Option
Kali
pertama anda lancarkan Real APK Leecher, anda perlu tetapkan beberapa
maklumat yang diperlukan untuk program ini beroperasi. Pergi ke Edit >
Option.
Keterangan
umum diperlukan. Email dan Password adalah kepunyaan Gmail, yang mana
juga merupakan akaun utama pada Telefon Android. Device ID adalah ID
peranti telefon. Semua maklumat ini boleh didapati dengan tekan
*#*#8255#*#* pada telefon anda. Skrin ini akan ditunjukkan (Sila ambil
perhatian, Device ID pastikan tidak mengandungi "android-").
Jika
anda tidak boleh mendapatkan Device ID dengan kaedah di atas, pergi ke
Google Play dan cari aplikasi ID Device. Ia akan mendapatkannya untuk
anda.
- Download apps
Program
ini sangat senang digunakan. Hanya cari dengan carian yang betul, anda
akan mendapat senarai fail apk pada table di bawah. Pilih satu baris
table dan klik kanan, kemudian download aplikasi yang anda mahukan.
- Periksa versi apk yang ada dalam komputer
Ini
adalah satu fungsi baru dalam versi 1.1.8, dimana anda boleh bandingkan
versi di dalam folder anda dengan versi dalam Google Play. Ia membantu
anda untuk mengemaskini fail apk anda yang sedia ada dengan mudah.
- Kumpulan nama fail APK dengan nama yang betul
Anda
boleh secara automatik menamakan semula semua fail apk dengan memilih
filename format, atau secara manual dengan klik dua kali pada filename
di table tersebut.
Versi terkini adalah 1.3.5
Klik sini untuk download > Real APK Leecher 1.3.5
2 Komen
a lil confusing. hehe..
BalasPadamconfuse? confuse kat mana?
PadamJika ada apa-apa pertanyaan, ada sebarang pendapat atau apa-apa saja selain bukan kata-kata maki hamun, marah atau apa-apa saja yang negatif, teramatlah dialu-alukan.