Disebabkan di atas permintaan ramai, akhirnya saya telah memikirkan sehabis memasak di dapur petang tadi (tertangguh sebenarnya :P), untuk melahirkan artikel ini. Untuk makluman jiran-jiran yang prihatin dan juga tetamu yang dihormati, JDownloader ini merupakan satu alat pengurusan muaturun, seperti yang terkenal umum yakni IDM (Internet Download Manager). Fungsinya hampir sama, iaitu memudahkan proses memuaturun, namun pasti ada perbezaan yang membezakan diantara satu perisian dengan perisian yang lain. Namun, terdapat kelebihan pada JDownloader ini, di mana harusku cari ganti, JDownloader mempunyai ‘Linkgrabber’ iaitu satu fungsi mendapatkan link dengan hanya kopi link, tidak kira lah link yang melibatkan iklan-iklan (adf.ly, linkbuck dan lain-lain), link yang dipendekkan namun tiada iklan (google shorthen url), dan sebagaimana harusku katakan lagi.. eh.. eh.. ke lain pula jadinya..
![]() |
| JDownloader |
Hari ini saya nak kongsi satu software downloader iaitu JDownloader.
JDownloader ini adalah percuma, alat pengurusan muatturun ini merupakan sumber terbuka (open source) dengan mempunyai sejumlah besar pembangun komuniti bagi memastikan proses muatturun menjadi lagi mudah dan pantas seperti yang diharapkan. Pengguna boleh mula, berhenti atau tangguh muatturun, menetapkan had bandwidth, auto-extrak, dan banyak lagi. Ia senang-untuk-melanjutkan rangka kerja yang boleh menyelamatkan masa anda yang sangat berharga setiap hari!
