JDownloader dan Jdownloader 2

by - Selasa, Julai 10, 2012






JDownloader
Hari ini saya nak kongsi satu software downloader iaitu JDownloader.

JDownloader ini adalah percuma, alat pengurusan muatturun ini merupakan sumber terbuka (open source) dengan mempunyai sejumlah besar pembangun komuniti bagi memastikan proses muatturun menjadi lagi mudah dan pantas seperti yang diharapkan. Pengguna boleh mula, berhenti atau tangguh muatturun, menetapkan had bandwidth, auto-extrak, dan banyak lagi. Ia senang-untuk-melanjutkan rangka kerja yang boleh menyelamatkan masa anda yang sangat berharga setiap hari!

Kini JDownloader ada dua jenis, iaitu JDownloader dan JDownloader 2. Setakat yang pernah saya cuba masa ini, saya lagi minat menggunakan JDownloader 2 berbanding JDownloader, ini kerana masa saya mendownload sesuatu dari host rapidshare dengan menggunakan free user, JDownloader bagi limit hanya sampai 30KiB sahaja, manakala JDownloader 2 tidak ada limit. Tapi dari interface JDownloader lagi tersusun dan kemas berbanding JDownloader 2. 

Itu semua dari pandangan peribadi saya. Tiada yang menpengaruhi saya dan tidak dipengaruhi oleh sesiapa.. :)

Jadi jika anda dah excited nak memcubanya, boleh klik link dibawah ini:



Sebelum itu, pastikan komputer anda sudah dipasang Java (bukan Jawa tau), jika belum klik link di bawah untuk download.


~Sebelum update Java terbaru, pastikan semua download sudah selesai, jika tidak, download akan hilang~




You May Also Like

0 Komen

Jika ada apa-apa pertanyaan, ada sebarang pendapat atau apa-apa saja selain bukan kata-kata maki hamun, marah atau apa-apa saja yang negatif, teramatlah dialu-alukan.