Siapakah 5Forty2 ini? Mungkin menjadi tanda tanya kepada mereka yang tidak mengetahui tentang kumpulan ini. 5Forty2 adalah kumpulan rap Malaysia yang bergerak secara bawah tanah, namun kini nama mereka semakin dikenali setelah banyak mendapat kontrak untuk membuat lagu tema untuk filem tempatan, antaranya Bujang Terlajak yang bertajuk “Maafkan Kami”, dan yang terbaru lagu tema filem “Hantu Gangster” bertajuk “We Are Gangster” yang turut serta dirapkan bersama Namewee (berbangsa cina) dan Ashtaka (kumpulan rap berbangsa India). Klik sini jika mahu dengar lagu “We Are Gangster”.