Youtube mengumumkan satu lagi ciri baru kepada pengguna yang memuatnaik video kepada laman web video yang mana membolehkan anda untuk mengaburi wajah orang-orang di dalam video tersebut.
Alat baru pengabur wajah ini begitu senang digunakan. Selepas memuatnaik video, klik pada Enhance video dan di bahagian bawah Additional Features, tekan Apply Blur All Faces features, seperti gambar di bawah. Youtube akan memaparkan pratonton video kepada anda, jadi anda boleh lihat bagaimana kesannya akan kelihatan. Dengan alat pengabur wajah ini, semua wajah-wajah akan dikaburkan, atau mungkin tiada wajah akan dikaburkan; tiada pengkhususan pada wajah individu untuk dikaburkan, dan ia bergantung pada sudut, cahaya dan kualiti video tersebut, ia satu kemungkinan mengapa sebahagian wajah tidak dapat dikaburkan.