JDownloader 2 – Cara Pemasangannya

by - Rabu, Ogos 15, 2012

Disebabkan di atas permintaan ramai, akhirnya saya telah memikirkan sehabis memasak di dapur petang tadi (tertangguh sebenarnya :P), untuk melahirkan artikel ini. Untuk makluman jiran-jiran yang prihatin dan juga tetamu yang dihormati, JDownloader ini merupakan satu alat pengurusan muaturun, seperti yang terkenal umum yakni IDM (Internet Download Manager). Fungsinya hampir sama, iaitu memudahkan proses memuaturun, namun pasti ada perbezaan yang membezakan diantara satu perisian dengan perisian yang lain. Namun, terdapat kelebihan pada JDownloader ini, di mana harusku cari ganti, JDownloader mempunyai ‘Linkgrabber’ iaitu satu fungsi mendapatkan link dengan hanya kopi link, tidak kira lah link yang melibatkan iklan-iklan (adf.ly, linkbuck dan lain-lain), link yang dipendekkan namun tiada iklan (google shorthen url), dan sebagaimana harusku katakan lagi.. eh.. eh.. ke lain pula jadinya..


Jadi sebelum kita menjalankan pemasangan JDownloader ini, dengan senangnya ingin saya mengatakan, bahawa, hari ini, bulan ini, adalah satu hari, di mana, kita semua, akan berasa, sedikit rasa, teruja, yang di mana, rasa itu, membuatkan kita, rasa sangat-sangat gembira. (merepek sudah :P)

Saya lagi menitikberatsebelahkan untuk memasang JDownloader 2 berbanding JDownloader kerana mudah untuk menggunakan premium account database script dan berhasil serta berkesan jika dibandingkan  JDownloader yang di mamana, saya cuba, tidak menjadi kenyataan, tidak berhasil apatah lagi berkesan.

Apakah persiapan yang diperlukan?

  1. JDownloader 2 installer  (klik untuk download)
  2. Java (bukan Jawa tahu) installer (klik untuk download)
  3. Sedikit ruangan waktu untuk dibuangkan

Jika komputer anda masih belum dipasang Java, hendaklah dipasang terlebih dahulu. Jika sudah, boleh terus loncat kegirangan ke pemasangan JDownloader 2.

Pemasangan Java

  1. Jalankan Java Installer yang sudah didownload tadi.
  2. Jika ada meminta kebenaran, klik Yes saya mengizinkan. Java Installer
  3. Klik iklan2 nuff Install > Java Installer
  4. Tunggu, tunggu dan tunggu lagi sambil menunggu tu, leh lah ruangkan masa untuk klik sana-klik sini :D Java Installer
  5. Yahooo (tersedak pakcik Yahoo!), klik Close.
  6. Selesai pemasangan Java ^.^v

Pemasangan JDownloader 2

  1. Jalankan pula JDownloader 2 yang telah didownload.
  2. Jika ada meminta kebenaran, klik Yes. Jdownloader 2
    jdownloader 2
  3. klik Next >  jdownloader 2
  4. Next > lagi jdownloader 2
  5. Jika anda ingin mengubah lokasi boleh tetapkan dengan klik “Browse …”, jika tidak, klik Next >  screenshot.9
  6. Klik Select All dan Next > screenshot.10
  7. Jika anda ingin memasang toolbar untuk internet browser anda, sila tick “Install the JDownloader Control Bar”. Jika tak mahu, untick. Kemudian Next > screenshot.11
  8. Next > lagi screenshot.12
  9. Tunggu, tunggu dan tunggu lagi, sambil tunggu luangkan sedikit masa untuk bersiar-siar di sini sambil memetik-metik ads yang ada.. :P screenshot.13
  10. Yahoooo! (sekali lagi pakcik Yahoo! tersedak). Klik Finish. screenshot.14
  11. Ini dia JDownloader 2 GUI anda. Jangan tengok lama-lama. Kantoi banyak download file tu. Biasalah pendownload tegar. :D

Selepas itu, jika terasa nak cuba try test premium account leh lah ke sini.
JDownloader Installer dan Java Installer untuk sistem operasi Linux dan Mac serta penerangan lebih teliti juga ada di sini.
Jadi, satu ucapan kepada anda semua, selamat mendownload sampai muak. :D

You May Also Like

4 Komen

  1. Hmmmm... Macam menarik. Belum pernah guna lagi....

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe.. leh lah cuba.. tak kna byar.. percuma aje sbb freeware.. :)

      Padam
  2. Balasan
    1. hehe.. camne? ad cita-cita nak pakai?

      Padam

Jika ada apa-apa pertanyaan, ada sebarang pendapat atau apa-apa saja selain bukan kata-kata maki hamun, marah atau apa-apa saja yang negatif, teramatlah dialu-alukan.