Si Putih ku sudah tiada

by - Khamis, Julai 12, 2012







Pagi ini aku dikejutkan, apabila mak suruh aku menanam si putih, yang telah mati di langgar di hadapan rumah aku, kemungkinan baru lagi sebabnya bulu dia masih lagi lawa,  masih tak dikerumumi semut dan hanya berapa ekor lalat sahaja yang hinggap serta darah yang masih lagi mengalir.

Aku berasa sedih kerana kehilangan lagi seekor kucing yang paling manja dalam rumah ini. Asalnya dia seekor kucing yang menumpang kasih, kerana tidak tahu asal dari mana, datang ke rumah me-minta2 makan, jadi kami membelanya dan dinamakan putih berdasarkan warna bulunya. Bulu dia tak lah panjang macam kucing-2 kampung yang lain tapi gebu, seronok di-usap2 badannya seakan kita mengusap sekain kapas. Memang gebu, dan putih bulunya. Tidak tahu lah sama ada dia di buang atau dia tersesat.

Kehadirannya memang menceriakan kami sekeluarga terutamanya kepada mak. Jenis aktif pada waktu malam, manakala siang dia banyak berehat dan tidur. Namun sejak dah jadi kucing dewasa ini, sering keluar merata2 menjelajah mencari kawasan jajahan. Sering kali bergaduh dengan kucing jiran sebelah, cuma satu kelebihan si putih ini, bila dia bergaduh, kita angkat saja dia, dia tak melawan, tidak seperti kucing lain, habis di cakarnya kita.

Lepas ini tiada lah lagi kedengaran si putih meminta masuk ke dalam rumah pada tiap malam, tiada lah lagi suara manja dia tahkala me-minta2 makanan, tiada lah lagi geselan manjanya, tiada lagi dan tiada lagi.

oh putih ku...

You May Also Like

0 Komen

Jika ada apa-apa pertanyaan, ada sebarang pendapat atau apa-apa saja selain bukan kata-kata maki hamun, marah atau apa-apa saja yang negatif, teramatlah dialu-alukan.