Labels

#savemaryam 1433H 2013 5forty2 5forty2 - aswj Adam Mark ahli sunnah wal jamaah Alor Setar alternatif download torrent Android Market Android Phones angkat mikrofon vol.1 apakah itu Apk file downloader Aplikasi Aplikasi Portable application ashtaka badak berendam battery blurring faces tools Botingkek bujang terlajak buka puasa button Cara Nak Buat Cara Nak Guna Cara nak selesaikan cara-cara cari driver komputer Cerita Cereka Cerita Lawak Cerita Rekaan china ciri baru click computer di langgar DJ Fuzz doodles double Download Download Software Driverpack Solution Dropbox Eyza Bahra Farhan features filem terbaru fix free G gebu GetDataBack for NTFS and FAT Ghombau Google gps Gunung Keriang Hacked hantu gangster Harapan Ramadhan Hari Kemerdekaan Hari Raya 2011 how to use IbnuSina Eyewear Islam jadual berbuka 2012 JDownloader JDownloader 2 JDownloader Premium Account Database Juzzthin Kedah kesayangan Kisah Hidup Aku Kucing Lagu Raya lagu tema lagu terbaru lawak ke der? ramadhan left lirik logitech maafkan kami mak andir makanan Malaysia malaysia hiphop malicious mati mice mouse Murtad muzik muzik video namewee Nawi NSSN NtahSape2Ntah ondeh original pak pandir pak pandir 2012 panduan password Pengajaran Permulaan pineng Portable Application PortableApps posted online powerbank problem Puasa pupus Raihan Ramadhan random rap melayu Real APK Leecher Recovery Software Rembau Most Wanted Runtime Live CD Runtime Software Sabah sabtu sahur scroll sedih Senaling Si Putih Software soundtrack Spek Mata Terapi sygic gps navigator v11.2.6 latest tak lawak lah sangat technology Telefon Android torrent tutorial underground usb username VMWare Thinapp W.A.R.I.S. we are gangster Welcome to Nginx Virus wheel wire worldwide mixtape xpdc yahoo Voice user youtube zbigz.com

Sekadar Mengisi Ruangan Kosong di Sanubari :)

Rabu, 18 Julai 2012

Real APK Leecher - Khas buat kaki tegar pemuatturun fail .apk

Pengguna telefon Android pasti suka mendownload pelbagai jenis aplikasi yang di tawarkan di Android Market atau sekarang ini dah ditukar kepada Google Play, bukan? Sebab saya pun begitu, walau saya hanya meminjam tuk seketika telefon pintar (sekarang masih menggunakan Nokia N1200. huhu) Tapi yang tak bestnya, apabila aplikasi yang kita nak download itu, tidak dikeluarkan untuk telefon pintar kita. Jadi kita pasti frust sampai tertonggeng-tonggeng bukan? Jadi itulah sebabnya Real APK Leecher ini dibangunkan kerana pembuatnya memahami perasaan kita. Mungkin dia pun salah seorang dikalangan kita, kaki tegar mendownload aplikasi-aplikasi.


#1 Apakah itu Real APK Leecher?

Real APK Leecher, adalah satu aplikasi berasaskan Java untuk membantu anda mendownload pelbagai jenis aplikasi Android daripada Google Play terus ke desktop anda dengan tindakan minimum. Malah, anda juga boleh mendownload aplikasi yang tidak disediakan untuk telefon pintar anda.

#2 Apakah Fungsinya?

Fungsi utamanya ialah mendownload fail APK daripada Google Play terus ke desktop dengan hanya taip nama fail aplikasi dan pilih dan download. Selain itu, ia memeriksa versi fail aplikasi dalam local anda. Ini bermakna, jika ada aplikasi versi terkini dikeluarkan, Real APK Leecher akan memeriksa aplikasi yang berada dalam fail kita samada terkini atau tidak.


#3 Bagaimana nak menggunakannya?

  1. Tetapan Option

Kali pertama anda lancarkan Real APK Leecher, anda perlu tetapkan beberapa maklumat yang diperlukan untuk program ini beroperasi. Pergi ke Edit > Option.



Keterangan umum diperlukan. Email dan Password adalah kepunyaan Gmail, yang mana juga merupakan akaun utama pada Telefon Android. Device ID adalah ID peranti telefon. Semua maklumat ini boleh didapati dengan tekan *#*#8255#*#* pada telefon anda. Skrin ini akan ditunjukkan (Sila ambil perhatian, Device ID pastikan tidak mengandungi "android-").



Jika anda tidak boleh mendapatkan Device ID dengan kaedah di atas, pergi ke Google Play dan cari aplikasi ID Device. Ia akan mendapatkannya untuk anda.

  1. Download apps 

Program ini sangat senang digunakan. Hanya cari dengan carian yang betul, anda akan mendapat senarai fail apk pada table di bawah. Pilih satu baris table dan klik kanan, kemudian download aplikasi yang anda mahukan.



  1. Periksa versi apk yang ada dalam komputer

Ini adalah satu fungsi baru dalam versi 1.1.8, dimana anda boleh bandingkan versi di dalam folder anda dengan versi dalam Google Play. Ia membantu anda untuk mengemaskini fail apk anda yang sedia ada dengan mudah.


  1. Kumpulan nama fail APK dengan nama yang betul

Anda boleh secara automatik menamakan semula semua fail apk dengan memilih filename format, atau secara manual dengan klik dua kali pada filename di table tersebut.

Versi terkini adalah 1.3.5
Klik sini untuk download > Real APK Leecher 1.3.5

2 ulasan :

Jika ada apa-apa pertanyaan, ada sebarang pendapat atau apa-apa saja selain bukan kata-kata maki hamun, marah atau apa-apa saja yang negatif, teramatlah dialu-alukan.