Mendaki Gunung Keriang, Kedah

by - Sabtu, Oktober 31, 2009





Hari itu tak tahu lah berapa hari bulan, aku, Taqi dan Zul telah buat satu aktiviti sampingan iaitu memanjat gunung kriang. Gunung tu tidak lah jauh sangat dari asrama tapi agak jauhlah kalu takde kenderaan..

kami berjanji bertolak pada kul 3.00 selepas sembahyang jumaat... tapi lewat skit disebabkan aku gi makan terlebih dahulu..jadi diorang kena tuggu aku...hehe. ok, operasi pun bermula..kami bergerak dari asrama puyu (atau lecturer lebih gemar meyebut Suka Menanti) dengan menaiki motosikal...kami memecut...pecut2 tapi tak lajupun..akhirnya sampai ke satu kawasan perumahan... kami meninggalkan motosikal di sebuah rumah orang melayu...kemudian kami gi shopping terlebih dahulu...beli apa yang patut dibeli..

Sesudah itu kami pun berjaln kaki menuju ke kaki gunung...sesudah sampai,kami pun mendaki gunung tersebut...sepanjang pedakian tersebut pelbagai isu kami borakkan..tapi rasanya takde lah best sangat kalau nak cerita kat sni pun...hehe..tiba2 saat kecemasan telah berlaku...di mana aku sebagai watak utama telah diserang...iaitu sakit perut la pulak..terpaksalah tahan sepanjang pendakian..

Di atas puncak Gunung Keriang tue, sergam indah lah keindahan alam flora ciptaan Nya. Taqi mengajak kami memasuki sebuah gua. Taqi gila ke apa, dgn tiada lampu picit apatah lagi dah nak senja, diajaknya memasuki gua? tapi memang ternyata kegilaan Taqi menjadi kenyataan, dipaksanya juga. Mujur Taqi mempunyai handphone yang canggih, yg mempunyai lampu, dan kami bergantung sepenuhnya kepada handphone Taqi tue. Dalam hati, penuh rasa kecut perut, rasa cam nak tercabut ketika menuruni cerun yang gerun, dengan bantuan tali yang sedia ada tue. Fikiran duk fkir, "janganlah putus tali nie".

Akhirnye kami berjaya menakluki gua tersebut. Tunggu apa lagi, bergambar sakan lar. Tapi gambar tue entah ke mana sekrang nie.. Nanti dah jumpa, akan ku abadikan disini.. Kami tak lama di dalam tue, almaklum lar, dah nak senja, mcam2 bleh terjadi, lagi-2 kami nie bukannya alim sangat pun. huhu. Kami terus sambung pendakian, diatas puncak tue ad pondok tuk duduk2. kami berhenti disitu. dan bergambar berlatarkan kawasan Suka Menanti. Cantik, tapi sayang kami tiada kamera canggih.. Cuma guna kamera handphone. Tue pun Taqi punye.. 

Aku berseloroh dengan Taqi, kat sini ada tandas tak. Nape lar diorang tak buat tandas atas nie? kan dah susah kalau dalam keadaan darurat cam nie.. mujur lah aku masih leh control hensem lagi mcam 2.. haha, (ayat puji diri sendiri nampak?) Kami cepat2 trun, sebelum ada yang paksa kami turun nnti. akhirnya tamat lar sudah xpdc kami mendaki Gunung Keriang, Kedah.
Kenangan nie takkan aku lupakan walau dah berjarak dah kami berpisah.

p/s: Ditujukan kepada Khalaf, wei atas tue aku nampak seseorang lar.. duk lambai2 tangan kearah ku.. sape eh? haha


You May Also Like

3 Komen

  1. Berapa jam naik berapa jam turun? Gua tu memang kene masuk ker untuk sampai ke puncak?

    BalasPadam
  2. pergi sendiri ke atau ade guide? senang je ke route?

    BalasPadam
  3. Mendaki Gunung Keriang, Kedah - Sekadar Mengisi Ruangan Kosong Di Sanubari :) >>>>> Download Now

    >>>>> Download Full

    Mendaki Gunung Keriang, Kedah - Sekadar Mengisi Ruangan Kosong Di Sanubari :) >>>>> Download LINK

    >>>>> Download Now

    Mendaki Gunung Keriang, Kedah - Sekadar Mengisi Ruangan Kosong Di Sanubari :) >>>>> Download Full

    >>>>> Download LINK Np

    BalasPadam

Jika ada apa-apa pertanyaan, ada sebarang pendapat atau apa-apa saja selain bukan kata-kata maki hamun, marah atau apa-apa saja yang negatif, teramatlah dialu-alukan.