Satu Permulaan Yang Ke Berapa Kali Tak Terkira

by - Sabtu, Julai 07, 2012




Salam...


Blog ini kali yang keberapa entah telah saya cuba olah kembali. Rasa macam nak menaip sesuatu, tapi tentang apa tentang siapa? kosong, lenggang dan tiba-tiba sesak perjalanan zarah-zarah, dan terpaksa lah saya menangguhkannya hingga ke hari ini. Dan kini, setelah sekian lama kalinya saya membiarkan blog ini terbiar, penuh dengan sawang, saya bertekad akan cuba untuk menghidupkan kembali seperti saat-saat kegemilangan yang pernah tercipta pada zaman dahulukala (eh, betul ke apa saya duk taip nie?, lantak lah. janji blog aku tak bersawang dh.. hehe)

Jadi, di harapkan, kepada otai-otai brutai semua, dapat memberi tunjuk ajar pada saya, bagi merealisasikan apa yang telah saya sembang lebatkan tadi.


Untuk permulaan ini, saya cuba sajikan puisi yang bertajuk:

Aku Pun Tak Tahu Tajuknya Apa


Penat berjalan ke sana sini, singgah lah sebentar ke mari,

tinggalkanlah jejak-jejak disini, jangan risau aku takkan jejaki,

aku jejaka baru, dalam ini area,

jadi kalau ada salah tue, jangan lah malu2 tegur terus aje,

biasalah budak baru nak belajar, jadi jangan jolok diluar pagar, 

dan aku pun tak tahu nak kta apa lagi, baik aku mengundur diri,

dari terus merosakkan puisi, jdi kita jumpa di lain kali.


:)


You May Also Like

1 Komen

Jika ada apa-apa pertanyaan, ada sebarang pendapat atau apa-apa saja selain bukan kata-kata maki hamun, marah atau apa-apa saja yang negatif, teramatlah dialu-alukan.