Sudah Masuknya Waktu …

by - Khamis, Ogos 01, 2013


image
Di suatu petang Ramadhan, bertempat di stesen bas, aku menaiki bas untuk balik ke rumah aku. Maka terjadilah cerita ini.

Pemandu Bas (PB) : Nak ke mana?
Aku : Ke Sungai Lui.
PB : 3 ringgit 40 sen. (sambil mengoyakkan tiket)
Aku : Nah. (hulur duit dan ambil tiket)


Bas pun bergerak, meluncur perlahan di atas jalan raya.
Tiba-tiba bas berhenti mengejut dan aku bertanya kepada pemandu bas tersebut.

Aku : Mengapa tiba-tiba berhenti nie, bang? (aku kehairanan)
PB : Nak masuk waktu dah. Jom lah kita. (bergegas hendak turun dari bas)
Aku : hah? Masuk waktu? (sambil melihat jam di tangan), baru pukul 4.40 petang, belum masuk waktu berbuka lagi la. Abang jangan main-main lak. (pelik campur sedikit geram)
PB : lorh. Mana ada saya kata masuk waktu berbuka? saya kata dah masuk waktu, sekarang ni waktu solat Asar. Nape ingat masuk waktu tue, waktu Maghrib aja ke? (menjawab dengan mimik muka yang amat menyakitkan hati)
Aku : eh eh.. (tutup muka menahan malu yang teramat sangat)

Sekian, tamat sudah cerita yang berjaya dirosakkan oleh saya.. Smile with tongue outOpen-mouthed smile

Credit : Berilhamkan daripada Majalah Ujang ko Apo!, tak pasti mana satu. Isu ke berapa tahun bila, pun tak ingat. huhu~

You May Also Like

0 Komen

Jika ada apa-apa pertanyaan, ada sebarang pendapat atau apa-apa saja selain bukan kata-kata maki hamun, marah atau apa-apa saja yang negatif, teramatlah dialu-alukan.