Lagu Raya + Lirik : Mark Adam Ft Eyza Bahra & W.A.R.I.S. – Salam Lebaran

by - Selasa, Ogos 06, 2013

Kebanyakan lagu raya pada masa sekarang ini, hanyahanya indah di permukaan tapi dalamnya, alamak, tak leh dihadam.. tajuk bukan main sedap tapi bila nak dikunyah, itu dia, cam dah basi dekat 5 tahun lamanya. Tapi tak lah semuanya macam tu. Ada saja yang sedap di cuping telinga hingga terbawa-bawa ke peti suara. Open-mouthed smile

Jadi cuba lah dengar lagu raya daripada Mark Adam, Eyza Bahra dan W.A.R.I.S. yang telah di adun cukup sempurna oleh DJ Fuzz.



Tak tahu nak kata apa dah, jadi layan aje lah. Cuba bagi komen, OK ke KO? huhu~

P/S : lirik yang ada ini, tak seratus peratus betul. Jadi kalau ada yang salah itu, sila-silakan lah perbetulkan ya… Smile


SALAM LEBARAN
Produced by DJ Fuzz
Lyrics by Eyza Bahra & W.A.R.I.S

Syawal Telah Tiba
Berkumpul Kita Sanak Saudara
Teman Teman Setia Dan Kasih Yang Di Cinta
 
Udara Hening Pagi
Tak Ku Bising Mulakan Hari
Lebaran Menjelma Lagi
Masing Masing Tampak Berseri
 
Berdoalah Kita Agar Dirahmati
Dengan Keharmonian Kasih Dan Cinta Di Hari Bahagia Ini
 
Bersamalah Kita Merai Pemberian
Senyuman Tawa Riang Insani
 
Salam Hari Lebaran
Sambutan Kemenangan
Hari Mulia Untuk Kita Meraikan Segala Kebahagiaan
 
Salam Hari Lebaran
Sambutan Kemenangan
Hari Mencipta Untuk Kesalahan Dilupakan
 
Bahagia Bersama
Jari Di Susun Tanda Kemaafan
Penghapus Duka Lara
Penghubung Sesama Kita
 
Selamat Hari Raya
Ayuh Kita Semua Gembira
Menziarah Keluarga Dan Sanak Saudara
 
W.A.R.I.S.
Bongka La Poit Buang Ghoba,
Nijam Dogheh Poei Mandi,
Baju Melayu Dah Gosok Ko?
Apo Ekau Buek Malam Tadi,
Wan Dah Tanyo, Bilo Nak Ko Sojid?
Kutbah Dah Mulo, Nak Solat Ghayo,
Polak Den Tunggu Ekau Tak Bongka Juo,
Angek Lak Ati, Kang Den Lak Kau Bonci,
Ghondang Itik, Sodap Bona,
Itik Eh Boli Kek Juasseh,
Dogheh Bongka, Dogheh Bongka,
Ghayo Ghumah Mato air,
Kisah Di Pagi Ghayo, Bermacam Tawo, Bermacam Hibo,
Lomang Ketupek Tosodio, Apo Ekau Tunggu Laei, MAKAN!

You May Also Like

0 Komen

Jika ada apa-apa pertanyaan, ada sebarang pendapat atau apa-apa saja selain bukan kata-kata maki hamun, marah atau apa-apa saja yang negatif, teramatlah dialu-alukan.