Lagu Raya + Lirik : NtahSape2Ntah (NSSN) ft. Farhan, Nawi & G (5Forty2)

by - Selasa, Ogos 06, 2013

Sudah puas melayan lagu Salam Lebaran nyanyian  Mark Adam, Eyza Bahra dan W.A.R.I.S.? Atau masih belum atau tak sempat untuk mendengarkannya? Jadi boleh lah di sini untuk mendengarkannya.

Dan ini satu lagi lagu Raya baru untuk tahun ini. Nah, mempersembahkan lagu yang bertajuk Syawal Tanpamu, disampaikan oleh NtahSape2Ntah (NSSN), Farhan, Nawi, dan G (5Forty2).

“ Syawal ini tidak bermakna tanpamu di sisi,
Segala kenangan lalu singgah menguris memori,
Satu persatu ia cuba menguasai diri,
Ternyata hilangnya Syawal di pagi raya ini. ” - feel sekejap :P

Song Title : Syawal Tanpamu
Lyrics:
[Frequensi]
Syawal yang tiba kini terasa tanpa mu
[Nawi]
Tika takbir memecah sunyi,
Tika perasaan sedih menyelubungi,
Ku terbayang dia yang selalu disisi,
Namun ku tahu dan pasti itu hanya ilusi,
Terkenang dahulu susana meriah,
Sambut hari lebaran kami bersama,
Tapi kenangan tetap ditelan masa,
Ku hanya mampu panjatkan doa di pusara,
[Al-Z]
Alunan takbir membenam perasaanku,
Jauh ke dasar kolah tampungan air mataku,
Habis semua berlimpah,
Mengisi semua lurah,
Seperti embun pagi semua jatuh ditadah tanah,
Ternampak bayang kelibat dirimu,
Cubaku capat 'tuk berjabat mahu mohon ampun,
Namun kamu hanya maya,
Cuma mainan mata,
Semua sudah tiada,
Kau bawa rayaku bersama.
[Frequensi]
Ku dambakan,
Keampunan darimu,
Syawal yang tiba kini terasa tanpa mu,
Suasana pilu,
Menyapa ke hatiku,
Dengakan rintihan dariku,
Yang amat merinduimu,
[G 542]
Sebalik tirai besi tiada sapa di sisi,
Doa pada ilahi hanya Mu yg memahami,
Selami mendalami diri yg menharungi,
Segala yg dilalui tidak guna dikesali,
Amat merindui mereka telah pergi,
Nyata realiti mereka tidak kan kembali,
Walau diri ini kian dipulaui dijauhi,
Hari raya aidilfitri tetap dirai dirasai,
[RydzaRadzy]
Bertahun berlalu, Syawalku tanpamu,
Aku yang tak menghargai waktu bersamamu,
Terlalu angkuh mengejari dunia palsu,
Terlalu banyak dosa hanya Tuhan yang tahu,
Ampunkanlah kesalan kesilapan hambamu,
Ibu, Ayah halalkan makan, minum anakmu,
Di pagi Syawal ini aku menyerah,
Sujudku di atas sejadah, Kembali kepada fitrah,
[Farhan]
Ku dambakan,
Keampunan darimu,
Syawal yang tiba kini terasa tanpa mu,
Suasana pilu,
Bersinggah ke hatiku,
Tenggelam dalam kenangan lalu,
Aidilfitri tanpa mu,
Kini,
Ku berharap,
Diterima keampunan atas kekhilafan,
Jika diberi masa dan ruang,
Akanku terapi semua jalan 'tuk pulang,
[Frequensi]
Tidak akanku siakan masa lalu denganmu,
Kemesraan yang terjalin tanpa rasa jemu,
Tidak akanku siakan masa lalu denganmu,
Kini hari lebaran tanpa, kamu di sisiku.
[Farhan]
Ku dambakan,
Keampunan darimu,
Syawal yang tiba kini terasa tanpa mu,
Suasana pilu,
Bersinggah ke hatiku,
Tenggelam dalam kenangan lalu,
Aidilfitri tanpa mu,
[Frequensi]
Ku dambakan,
Keampunan darimu,
Syawal yang tiba kini terasa tanpa mu,
Suasana pilu,
Menyapa ke hatiku,
Dengakan rintihan dariku,
Yang amat merinduimu,
[Farhan & Frequensi]
Ku dambakan,
Keampunan darimu,
Syawal yang tiba kini terasa tanpa mu,
Suasana pilu,
Bersinggah ke hatiku,
Tenggelam dalam kenangan lalu,
Aidilfitri tanpa mu.

You May Also Like

0 Komen

Jika ada apa-apa pertanyaan, ada sebarang pendapat atau apa-apa saja selain bukan kata-kata maki hamun, marah atau apa-apa saja yang negatif, teramatlah dialu-alukan.